top of page

PROFILE KAMI

Success Leap Learning & Consultancy (SLLC) merupakan sebuah SYARIKAT KONSULTAN BERDAFTAR yang menekankan ASPEK SAHSIAH dalam membina serta melahirkan insan yang berketrampilan melalui program cuti sekolah Summer Tahfiz Camp.

Sebelum ini dikenali sebagai Akademi Al-Quran Ad’deen, SLLC mengorak langkah dengan memberi nafas baru kepada program Summer Tahfiz Camp dengan membangunkan pelbagai modul terkini yang relevan dengan perkembangan generasi muda sekarang.

 

Hafazan Al-Quran dan modul kem solat menjadi tunjang utama didalam setiap program Summer Tahfiz Camp. Disamping itu, pelbagai modul lain seperti sahsiah diri serta kecemerlangan akademik juga ditekankan bagi membentuk para peserta yang cemerlang dunia dan akhirat.

 

“Cemerlang Dunia, Awesome Akhirat” merupakan slogan Program Summer Tahfiz Camp dan ia seharusnya dijadikan satu aspirasi kepada generasi anak-anak muda yang bakal memimpin negara suatu hari nanti.

Summer Tahfiz Camp | Ad'deen EduCentre | Success Leap Home Tuition

Success Leap Learning & Consultancy Group of Companies (SA0386420-V)

© 2017 Copyright Summer Tahfiz Camp
bottom of page