top of page
HAFAZAN SURAH

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat yang memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.” (Riwayat Daripada Abu Hurairah RA).

Disini anak-anak akan diajar cara-cara membaca dan menghafaz surah ini dengan teknik Tajwid dan hafazan yang betul.

Surah-surah dari juzuk Amma adalah surah alternatif bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan hafazan.

PERFECTING MY SOLAT

Kaji selidik terkini mendapati 80% umat Islam di Malaysia tidak solat. Hanya sekitar 17% – 20% yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari.

Hairankah kita mengapa terlalu banyak masalah gejala sosial berlaku dikalangan anak – anak melayu kita sekarang?

Program ini akan membantu peserta memperbaiki kualiti solat mereka dan memahami bagaimana solat boleh membantu mereka daripada melakukan gejala sosial yang berleluasa sekarang ini.

 

Perasan tak..anak-anak sekarang ini lebih cepat baligh berbanding kita dizaman remaja dahulu? Ada yang sudah baligh seawal umur 8 tahun lagi! Daripada kaji selidik menerusi program yang kami jalankan sebelum ini, ramai perserta yang sudah baligh sekitar 3-4 tahun lalu tetapi tidak pasti cara mandi wajib yang betul.

Apakah akibat tidak mandi wajib dengan betul?

  • Amal Ibadah tidak diterima Allah

  • Kebersihan diri fizikal dan dalaman tercemar

  • Kehidupan dirasakan kusut

  • Menarik unsur-unsur kotor kedalam diri

Program ini akan mendidik mereka cara mandi wajib yang betul (secara TEORI & PRAKTIKAL) dan memahamkan peserta tentang perubahan-perubahan fizikal & emosi yang berlaku apabila mereka melangkah ke alam remaja.

 

OH NO! SAYA DAH BALIGH!

KEM SAHSIAH ANAK HEBAT

Apa yang bakal dipelajari?

Tajam Fokus

01

02

Sihat Badan

03

Minda Cerdas

Sukan Sunnah Nabi

04

Aktiviti Sukan Sunnah

MAMA, AYAH,
MAAFKAN SAYA..

Keruntuhan akhlak dan moral remaja sekarang ini semakin menjadi-jadi. Membesarkan anak di zaman ini bukanlah suatu perkara yang mudah dan menuntut Ibubapa untuk mempelajari ilmu keibubapaan.

 

Apakah antara dilema yang sering dialami ibubapa sekarang ini tentang masalah akhlak & sahsiah anak mereka?

  • Meninggikan suara dan kurang ajar pada Ibubapa.

  • Memberontak apabila kemahuan tidak dituruti.

  • “White lies” atau menipu mula menjadi makanan hariannya.

  • Sudah pandai curi-curi keluar dari rumah tanpa pengetahuan Ibubapa.

  • Belajar merokok atau “vape” secara curi-curi.

  • Keciciran dalam akademik.

  • Lebih mempercayai rakan-rakannya daripada Ibubapa sendiri.

  • Ketagih ‘Smartphone’ dan Gajet.

  • Lari dari rumah (dan ibubapa sangka mereka diculik!)

  • Bercouple, berzina & buang bayi

  • Vandalisme

  • Buli

 

Menakutkan? Ya…perubahan akhlak anak-anak sekarang sangat membimbangkan.

 

Program kali ini akan cuba memberi muhasabah tentang akhlak mereka dan bagaimana cara untuk berubah untuk menjadi anak yang lebih baik sahsiahnya.

BAHAYA
MEDIA SOSIAL

Media sosial kian digilai oleh anak-anak zaman sekarang. Ramai yang mepertahankan kebaikannya tetapi ramai juga yang tidak tahu apa keburukannya.

 

FB, Insta,Youtube, Twitter, Whatsapp dan WeChat adalah antara aplikasi media sosial yang sangat mendapat tempat dihati anak-anak tanpa mereka mengetahui keselamatan mereka terancam kerana terlalu mengeksploitasi diri mereka.

 

Program ini akan membantu peserta untuk memahami dengan lebih jelas akan kebaikan & keburukan media sosial dan bagaimana menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut dengan selamat & berhemah.

 

Dari ayat 31 Surah Al-Imran, Firman Allah:

‘Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu.’

Antara punca utama mengapa akhlak anak-anak sekarang menjadi porak peranda & hati mereka menjadi keras ialah kerana kurangnya amalan sunnah diamalkan dirumah.

 

Semudah membaca Bismillah sebelum menyuap nasi ke mulut, memuliakan Ibubapa dan mereka yang lebih tua, memberi salam & senyuman, melangkah masuk ke tandas dengan kaki kiri serta membaca doa dan membaca 3 surah “Kul” dan doa sebelum tidur adalah antara amalan sunnah harian yang mudah TETAPI telah ditinggalkan dan tidak dipraktikkan lagi di rumah.

 

Disini, peserta akan belajar untuk mempraktikkan amalan-amalan sunnah yang boleh membantu mereka mendapat redha allah sekaligus membentuk diri dengan akhlak yang lebih baik.

 

AMALAN SUNNAH HARIAN

Penampilan Istimewa Bro Fairuz

Mohd Fairuz bin Abu atau lebih dikenali sebagai Bro Fairuz dari MFA Smart Training & Consultancy merupakan seorang Pakar Motivasi untuk golongan remaja. Pernah menyertai Raudhatus Sakinah, beliau sangat sinonim dengan program-program yang menyentuh permasalahan akhlak remaja.

Untuk program ini, Bro Fairuz bakal mengupas topik “Remaja bijak, Jauhi Zina” yang menyentuh permasalahan cinta remaja, media sosial dan prioriti hidup seorang anak yang bergelar pelajar.

  • Black Twitter Icon

Summer Tahfiz Camp | Ad'deen EduCentre | Success Leap Home Tuition

Success Leap Learning & Consultancy Group of Companies (SA0386420-V)

© 2017 Copyright Summer Tahfiz Camp
bottom of page